Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan mengenai produk Haji/Umrah dari Great Eastern Takaful (GET) iaitu pelan i-Great Amal.
"Demi Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitusiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) dari sekalian makhluk"- Surah Al-Imran (sebahagian ayat 97)
Jika anda ingin menunaikan Haji serta mempunyai minda dan pemikiran yang bebas dari sebarang ketidakpastian, ANDA HARUS MEMBACA ENTRI INI.
TAHUKAH ANDA
Giliran menunaikan Haji tahun 2014 jatuh pada tahun 2078 (64 tahun dari tahun semasa)
Katakan umur anda sekarang 25 tahun, ini bermakna giliran anda memunaikan haji adalah pada usia 89 tahun (jika umur panjang).
Mengapa giliran menjadi lama?
- Kuota dari Kerajaan Arab Saudi = 0.01% daripada jumlah penduduk bagi setiap negara di dunia
- Jika Malaysia mempunyai penduduk sebanyak 28 billion, ini bermakna hanya 28,000 orang sahaja yg boleh menjalankan ibadah Haji setiap Tahun
- Kerajaan Arab Saudi menurunkan jumlah yang dibenarkan kepada 22,000 orang sahaja di sebabkan Mekah dalam proses pembangunan & penambahbaikan
![]() |
2 cara pendaftaran Haji untuk mendapatkan no giliran |
![]() |
Kos untuk mengerjakan Haji pada tahun 2012 |
Apabila kita berbicara tentang keselesaaan, Great Eastern Takaful menawarkan penyelesaian melalui i-GREAT AMAL; pakej perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan khusus kepada kita yang ingin menunaikan haji disamping memberi manfaat tambahan iaitu BADAL HAJI (mewakilkan haji).
Kenapa i-GREAT AMAL?
Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda layak mendapat manfaat berikut:
![]() |
Faedah i-Great Amal berbanding simpanan Tabung Haji |
Untuk pengetahuan anda, pada Februari 2014 yang lalu wakil GET telah menyerahkan sijil Badal Haji yang pertama kepada waris keluarga pemilik pelan i-Great Amal yang telah meninggal dunia. Semoga roh arwah tenang dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Al-fatihah.
![]() |
Keratan akhbar Utusan Malaysia, 6 Februari 2014 |
Maka, ingin saya tekankan sekali lagi agar anda dapat bertindak segera:
- Daftar Haji melalui Tabung Haji untuk mendapatkan no giliran
- Miliki pelan i-Great Amal sebagai PELENGKAP kepada simpanan Tabung Haji untuk manfaat perlindungan yang tidak disediakan pihak Tabung Haji
Di dalam kehidupan seharian, kita boleh melaksanakan Rukun Islam yang pertama hingga ke-4. Namun, Rukun Islam yang ke-5 (menunaikan Haji) memerlukan perancangan yang teratur dimana kebanyakkan dari kita masih gagal untuk merancang; gagal merancang adalah merancang untuk gagal.
Tiada siapa boleh memberi jaminan bahawa dia boleh melihat sinar Matahari esok. Hanya Allah yang mengetahui. Kematian menghampiri kita; tidak mengira waktu dan tempat. Usahkan hendak berbicara apa yang bakal berlaku esok hari, sedangkan apa yang bakal terjadi 1 saat atau 10 saat akan datang pun masih kabur. AllahMaha Mengetahui apa yang berlaku sehingga sukar untuk kita bayangkan betapa hebatnya yang Maha Menciptakan ini.
Saya berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!
Wassalam.
"Izinkan Saya Membantu Anda"
Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution