Rabu, 22 April 2015

GE Rewards: S.T.A.R GATEWAY (4)



Lagi, lagi dan lagi… INSENTIF PERCUMA.!!

Insentif tambahan kali ini dianugerahkan kepada ejen-ejen yang telah mencapai jumlah kuota yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Tetapi kali ini ianya adalah percutian di dalam negara sahaja iaitu ke Melaka Bandaraya Bersejarah kita kali ini. 

Para ejen disediakan kemudahan penginapan & makanan selama 2 hari satu malam di tengah-tengah bandaraya Melaka yang sangat unik. Hotel Equatorial adelah tempat penginapan kami selama menetap di Melaka.

Jumlah penerima insentif percutian kali ini adelah seramai 250 orang ejen pelbagai kedudukan.

Berikut saya kongsikan momen-momen sepanjang 2 hari kami berkampung di negeri bersejarah Hang Tuah ini:-


HARI PERTAMA

'check-in' ke bilik yang disediakan

Diikuti dengan majlis penyampaian anugerah kepada semua penerima


Majlis penyampaian anugerah berakhir sekitar jam 3.00 petang dan para ejen yang diraikan bebas menjalankan aktiviti masing-masing selepas itu. Maka, saya bersama rakan-rakan yang lain tidak melepaskan peluang untuk ke luar mencari kedai asam pedas yang dikatakan terkenal di Melaka.

Lokasi : Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Tepat jam 8.00 malam adalah majlis makan malam rasmi bersama CEO & VIP dari bahagian pengurusan Great Eastern Takaful bertempat di dewan besar hotel. Di majlis makan malam ini juga berlangsungnya 'Cabutan Rezeki' berbentuk wang tunai kepada mereka yang bertuah.


Majlis makan malam kami berakhir tepat jam 11.00 malam dan para ejen bebas melakukan aktiviti masing-masing sehingga waktu 'check-out' keesokan hari.

Secara peribadi, setinggi-tinggi terima kasih di atas penghargaan yang diterima dari pihak Great Eastern Takaful. Setiap penat lelah dan hasil usaha kerja keras para ejen pasti ada ganjarannya. Dalam masa yang sama boleh juga bercuti bersama keluarga secara PERCUMA di hotel bertaraf 5 BINTANG. Bukan tidak boleh membelanjakan duit sendiri namun adalah lebih seronok jika dapat bercuti dan berehat secara percuma..!! :-)


Ingin menikmati ganjaran seperti saya? Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Isnin, 20 April 2015

i-MEDIK EXTRA RIDER : Yang ditunggu-tunggu telah tiba !!


KAD PERUBATAN PERCUMA.....


TAHUKAH ANDA..?

Kadar inflasi kos perubatan di Malaysia dianggarkan 10% -15% setahun..

Ini bermakna:-
Jika kos perubatan untuk rawatan Cyst pada 2014  :  adalah RM 12,000
Maka pada tahun ini (2015) rawatan yang sama ianya boleh mencecah sehingga   : RM 13,560++


TERBARU..

Kini dengan i-Medik Xtra Rider tiada kegusaran untuk penyelesaian rawatan bil perubatan anda.
Great Eastern Takaful memperkenalkan kad perubatan yang mana ianya adelah Penambahbaikan daripada kad perubatan yang sedia ada.


APA PENAMBAHBAIKAN DI DALAM I-MEDIK XTRA RIDER..?
  • Tiada lagi ko-takaful
Bil perubatan anda ditanggung 100% oleh pihak syarikat. Tiada lagi tanggungan 10% @ 20% oleh pelanggan daripada jumlah bil .
  • Penambahan manfaat untuk "Intraocular Lens"
Manfaat tambahan yang tidak ada di dalam kad perubatan sebelum ini. Kos rawatan sehingga RM 1,000 (sebelah mata) @ RM 2,000 (seumur hidup)
  • Manfaat berganda untuk manfaat ; kemalangan (kematian @ cacat kekal) 
Juga satu lagi manfaat tambahan yang tiada ditawarkan dalam kad perubatan sebelum ini.





 

Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution



Rabu, 15 April 2015

GE REWARDS : Percutian ke TAICHUNG & TAIPEI, TAIWAN (3)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Maaf kepada semua pembaca yang dihormati di atas penangguhan kemaskini yang terbaru dari saya. Mac & April adalah bulan yang paling sibuk tahun ini. Keranaaaaa……

                                                   PERCUTIAN PERCUMA LAGIIIII… :-)

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi keseronokan percutian percuma bertaraf 5 bintang yang merupakan pengiktirafan tambahan atau insentif istimewa daripada syarikat kepada ejen yang layak dan telah berusaha keras mencapai kuota yang telah ditetapkan. Kali ini, kami diberi peluang meneroka Bumi Taiwan.


WORK HARD, PLAY HARD!!!

Sebelum itu, kami telah diraikan dengan satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak syarikat (Great Eastern Takaful) selama 3 hari 2 malam di Genting Highlands, Pahang. Program yang disediakan ini mengandungi sesi motivasi & perkongsian dari ejen-ejen senior yang lebih berjaya dengan pencapaian mereka sepanjang tahun lepas.




Percutian kali ini sangat meriah kerana kami mengikuti rombongan Muslim. Kunjungan selama 4 hari 3 malam ini bermula dari 13 – 17 Mac telah disertai oleh 2,000 ejen insurans (GE & GET) dan 100 daripadanya merupakan Perunding Takaful (Bumiputera).



HARI PERTAMA



HARI KEDUA



HARI KETIGA



Semoga para pembaca terhibur dengan perkongsian video di bawah.
Serta berharap kalian dapat mempertimbangkan bidang perniagaan Takaful ini sebagai karier yang lebih terjamin.



Mari membina kerjaya bersama kami!


Ingin menikmati ganjaran seperti saya? Hubungi saya untuk keterangan lanjut!

Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Sabtu, 28 Februari 2015

i-GREAT IQRA’ : Penyelesaian EKSKLUSIF kepada tabung pendidikan si kecil anda.

ASSALAMUALAIKUM.

Salam hujung minggu kepada semua. Sambil menikmati hari terakhir di bulan Febuari besar hati ingin saya kongsikan satu pelan khusus untuk si kecil anda.



Sebagai ibubapa, kita sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan kehidupan anak kita terjamin di masa akan datang, dan cara yang sebaiknya adalah dengan menyediakan ilmu pengetahuan yang sewajarnya.

Asas yang stabil dan kukuh amat diperlukan oleh anak-anak kita untuk mengorak langkah melalui perjalanan hidup ini. Maka dengan adanya i-Great Iqra kami membantu merancang persediaan anda untuk pendidikan yang lebih terjamin.




Ada beberapa persoalan yang perlu dikenalpasti oleh kami (perunding takaful) untuk membolehkan kami mengenal bagaimana objektif anda untuk tabung pendidikan anak anda?



  • Berapa jumlah tabung pendidikan yang dirancang?

  • Adakah simpanan anda mencukupi untuk pembelajaran anak anda kelak (jika sekiranya anda telah tiada)?

  • Adakah simpanan anda benar benar selamat?

  • Bila anda merancang untuk melakukan pengeluaran (tempoh matang yang dipilih)?


Soalan-soalan di atas adalah penting untuk dijawab bagi mengetahui objektif anda untuk pendidikan anak-anak.



KENAPA GREAT EASTERN TAKAFUL?
  • Di GET, kami mempunyai beberapa pilihan tempoh matang yang selari dengan standard yang telah ditetapkan oleh bank Negara. 
  • Dan sebagai syarikat pengendali Takaful, kami juga menyediakan manfaat tambahan seperti pengecualian ke atas caruman jika salah satu ant berikut berlaku

Kematian, 
Cacat kekal, 
Sakit kritikal. 
  • Di GET, kami tidak mengamalkan pinjaman maka ianya tidak melibatkan sebarang bunga dll. Simpanan kami berlandaskan syariah dan bebas dari Riba, Gharar & Maisir.



Maka Great Eastern Takaful Memperkenalkan:-


Antara kelebihan di dalam pakej ini adelah:-

1) Kami memberikan pemegang Takaful untuk memilih sendiri dana-dana yang mereke kehendaki.

Dana-dana tersebut telah menunjukkan pencapaian yg memberangsangkan sepanjang 4 tahun yg lepas (2010-2014)
  • Dana Makmur (lebih pasif- sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan risiko)

Purata syarikat mengesahkan dividen 4% setiap tahun
  • Dana Mekar (lebih agresif- tinggi risiko, tinggi keuntungan)

Purata syarikat mengesahkan dividen 12.25% setiap tahun
  • Dana Majmuk (bersifat neutral)

Purata syarikat mengesahkan dividen 8% setiap tahun


2) I-Great Iqra’ juga menawarkan saguhati kecemerlangan di dalam akademik seperti di dalam jadual di bawah



3) Pencarum boleh memulakan simpanan serendah RM100/ sebulan sahaja

4) Layak untuk mendapat pelepasan cukai


5) Satu pelan yang sangat fleksible kerana membolehkan pencarun melakukan sebarang penambahan @ pengurangan simpanan pada masa akan datang
(*sebarang perubahan nilai simpanan akan member kesan kepada jumlah simpanan apabila sampai tempoh matang) 


  • Sentiasa bersikap berhati-hati dan bersedia untuk masa hadapan mulai sekarang.
  •  Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk menyediakan pelantar untuk anak-anak melonjak ke arah karier yang disegani. 
  • Realisasikan impian mereka dengan i-Great Iqra’. 
  • Berjimat dari sekarang dan saksikan dana pendidikan anak anda berkembang dengan peruntukan pelaburan yang meningkat 
  • Pada masa yang sama dapatkan perlindungan dari perkara yang tidak diduga




Kepentingan pendidikan juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., Rasulullah (s.a.w.) bersabda: 


“Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas setiap orang Islam.”





Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Isnin, 23 Februari 2015

Konvensyen Super Group Bumiputera & Anugerah Cemerlang 2015



Assalamualaikum dan salam satu SG kepada semua. Untuk pengetahuan, setiap tahun bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Super Group (SG), kami menyediakan satu lagi platform tambahan setiap tahun bagi meraikan & mengiktiraf pencapaian ejen-ejen yang cemerlang sepanjang tahun yang sudah.

Pada tahun ini, program Anugerah Cemerlang (2014) telah diadakan pada 5 Feb  yang lepas. Di sini ingin saya kongsikan butiran dan detik detik manis sepanjang program berjalan.



Tarikh : 5 Febuari 2015

Tempat         : Genting Highlands, Pahang.

"Super Group..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta", itulah tema bagi Konvensyen SG Bumiputera pada tahun ini yang telah berlangsung di Genting Highlands. Super Group (SG), sebuah custer group terbesar di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 25 cawangan di seluruh pelusuk negara diibaratkan seperti sebuah rumah; tempat bernaung agent-agent untuk sama-sama menimba ilmu serta meningkatkan kemahiran dalam perniagaan insurans dan takaful serta perancangan kewangan dengan menggunakan sistem SG yang begitu efisien. Dengan sistem SG yang berlandaskan

"LOVE, CARE & SHARE"

inilah telah menghasilkan ramai Top Producers serta ejen yang cemerlang di Great Eastern Takaful. 

Di konvensyen ini, ejen bumiputera daripada seluruh Malaysia berkumpul, berkongsi ilmu serta membina sinergi. Terima kasih kepada Mr Eng See Hua, Senior GSM selaku CEO SG bersama dengan SG Marketing yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan konvensyen ini berjalan lancar. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat tetamu VVIP kita iaitu Vice President GETB Puan Norizan Yahya yang telah menyampaikan ucapan pembukaan yang penuh semangat serta nasihat yang tidak ternilai.

Sila nikmati gambar gambar sepanjang majlis berjalan.


Peserta konvensyen sedang mendaftar sebelum memasuki dewan



Antara 'orang kuat" yang memastikan program berjalan lancar. 
Di SG kami juga melatih para ejen untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti cara mengelolakan sebuah majlis dan lain lain.



Pada tahun ini saya dianugerahkan kenaikan pangkat berdasarkan jumlah jualan pada tahun lepas


                     






Alhamdulillah, seramai 110 orang ejen SG bumiputera dari seluruh Malaysia berpuas hati dengan program pada tahun ini.





Ahli jawatankuasa SG Maluri (Central Region) bergambar kenangan pada penghujung majlis.



Terima kasih kepada semua penceramah jemputan yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing dengan begitu ikhlas dan bermotivasi. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan contoh untuk agent-agent mengejar segala impian mereka.

Terima kasih juga kepada semua pihak committee SG Maluri (Central Region) iaitu Muhammad Hafiz USM, Mohamad Saiful LIA, Nordin Sajak LIA, Muiz Danial, Shahrizal Lawrence, Deeyana Rahim, Ridhwan Halim, Siti Nurain Mohd Amin dan Bebika JH yang telah bertungkus lumus mengerah keringat dan idea bagi memastikan konvensyen berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan Konvensyen SG Bumiputera kita. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua. bersama kita menjadi kaya dan berjaya. Selamat maju jaya untuk tahun 2015! Terima kasih semua! Terima kasih Super Group! Jumpa lagi pada tahun hadapan! ♥ ♥ =) =)



Mari membina kerjaya bersama kami!

Hubungi saya jika anda berminat untuk menceburi bidang insurans sebagai PERUNDING TAKAFUL!


Wassalam.


"Izinkan Saya Berkongsi Dengan Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution


Jumaat, 16 Januari 2015

i-GREAT TERAS : Melindungi Keperluan Asas Anda

Assalamualaikum semua.

Kali ini antara info yang ingin saya kongsikan mungkin akan mengejutkan beberapa pihak yang selalu mengatakan takaful mahal...
Kerana sebenarnya di Great Eastern Takaful kami ada menawarkan pelan perlindungan serendah RM25* !!!




Ya betul, benar dan tepat sekali. Serendah RM25*. 

Maka, dengan ini tiada lagi alasan bagi segelintir mereka yang sentiasa mengelak apabila diseru untuk mengambil takaful.

Percayalah tidak ada ruginya jika anda mencarum di dalam takaful, malah mungkin dengan izin Allah swt mendapat pahala kerana tidak meninggalkan keluarga dalam keadaan meminta-minta jika sesuatu musibah berlaku kelak.


Al-Mughirah ibn Abi Qurrah As-Sadusi mengabarkan,

“Saya ada mendengar Anas Bin Malik berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW. “Wahai Rasulullah, saya ikatkan (tambatkan) unta itu lalu saya bertawakkal atau saya lepaskan unta itu lalu saya bertawakkal?”

Nabi SAW pun berkata, “Ikatlah unta tersebut, lalu bertawakkallah”.

Lihatlah teman-teman, dalam ajaran Islam sendiri menyuruh agar kita berikhtiar dahulu dalam melindungi diri kita (iaitu dengan kata lain menTAKAFUL kan diri sendiri), kemudian barulah kita redha & tawakal dengan ketentuan Illahi.

Gambar di bawah salah satu contoh konsep yang bole digunakan bagi mereka yang berminat untuk mendaftar dengan i-Great Teras- KONSEP PERLINDUNGAN PELUPUSAN HUTANG





Rasionalnya:-

Kagumi pelbagai tujuan yang hebat tentang i-Great Teras! Ia pelan yang sungguh mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindungan asas yang terbaik. Oleh itu, mulalah merancang masa hadapan dengan mendapatkan perlindungan ini. Ramai antara kita yang dikelilingi hutang untuk memenuhi keperluan. Ianya mungkin untuk 
  • pembiayaan pinjaman perniagaan 
  • pinjaman peribadi
  • hutang kad kredit
  • gadai janji 
  • pinjaman pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran
Kita boleh menggunakan manfaat daripada pelan ini untuk membantu melangsaikan hutang tersebut dan bukannya memindahkan sebarang bebanan kepada orang yang tersayang.

Sebagaimana ianya penting untuk merancang tentang apa yang harus dilakukan setelah kita tiada di dunia, Kita juga perlu untuk merancang sekiranya kita hidup melebihi tarikh sijil matang. Kita boleh menggunakan jumlah yang tersimpan di dalam i-Great Teras pada tempoh matang untuk pelbagai tujuan – Aktiviti membeli-belah? Pelan medik yang unggul? Apa jua sekalipun, jumlah yang tersimpan diperlukan supaya kehidupan lebih terjamin.


Janganlah biarkan orang tersayang hidup dalam kesusahan

Carilah peneyelesaian sebelum menghadapi kesusahan. 

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution



Jumaat, 2 Januari 2015

GE REWARDS : Jemputan Khas ke 'WE ARE FAMILY GATHERING' bersama CEO (2)

Assalamualaikum. Salam Tahun Baru kepada semua pembaca. Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa pencapaian & pengiktirafan pada tahun lepas yang dianugerahkan oleh GETB.


WORK HARD, PLAY HARD!!!



Tarikh        : 23 Ogos 2014
Tempat      : Bukit Kiara Equastrian & Country Resort

Bersempena dengan sambutan Alidilfitri pada tahun lepas Great Eastern Takaful (GET) telah menganjurkan satu program suai kenal bersama barisan orang penting di GET.  Mereka yang layak telah dijemput untuk bersama-sama dalam program ini.
Sehubungan dengan itu, program ini juga bagi meraikan para perunding Takaful yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras semasa bulan Ramadhan sebelumnya. Beberapa kriteria telah ditentukan bagi memilih mereka yang layak dari segi produksi mereka untuk menghadiri majlis ini.

Berikut saya kongsikan detik detik semasa program berjalan :-





'Photo booth' disediakan bagi mereka yang gemar berfotogenik.


Bergambar dengan tulang belakang GEL & GETB & barisan pengarah yang cukup sporting.

Saya perkenalkan barisan lembaga pengarah yang hadir bermula dari kiri-atas:-

Y Bhg Dato Koh Yaw Hui – Director GEL, (berbaju ungu gelap),
Y Bhg Datuk Kamaruddin Bin Taib –Chairman GETB (segak berbaju melayu putih).
En Zamsari Bin Sarpin – GSM Super Group Bumiputera Johor
En Zafri Ab Halim – Ketua Pegawai Eksekutif GETB
Song Hock Wan – Ketua Pegawai Pengagihan GEL
Dan akhir sekali Puan Norzan Ahmad



 Bergambar bersama rakan SG dari Northern, Central & Southern Region.


Y Bhg Datuk Kamaruddin Bin Taib –Chairman GETB (segak berbaju melayu putih). Beliau juga merupakan orang penting di dalam koperasi Tentera.


Ketika program-program sebeginilah kami dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan (rakan-rakan Super Group-SG) dari seluruh Malaysia. 


Akhir sekali, antara rakan Super Group Bumi Maluri (Central Region) yang hadir pada majlis tersebut. Sempat juga merakamkan gambar kenangan.


Bagi mereka di luar sana yang berminat untuk bersama-sama ‘join’ keluarga besar kami dialu-alukan dengan penuh besar hati.
Marilah sama-sama kita beranikan diri utk berHIJRAH dlm arena Takaful demi utk memartabatkan ekonomi keluarga khususnya & ekonomi ummah amnya.
Ayuh Anak muda! Sesungguhnya bangsamu ketandusan anak muda berani sepertimu.
"Luaskan Takafulmu,Bangkitkanlah ummahku"



Ingin menikmati ganjaran seperti saya? Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution