Jumaat, 16 Januari 2015

i-GREAT TERAS : Melindungi Keperluan Asas Anda

Assalamualaikum semua.

Kali ini antara info yang ingin saya kongsikan mungkin akan mengejutkan beberapa pihak yang selalu mengatakan takaful mahal...
Kerana sebenarnya di Great Eastern Takaful kami ada menawarkan pelan perlindungan serendah RM25* !!!




Ya betul, benar dan tepat sekali. Serendah RM25*. 

Maka, dengan ini tiada lagi alasan bagi segelintir mereka yang sentiasa mengelak apabila diseru untuk mengambil takaful.

Percayalah tidak ada ruginya jika anda mencarum di dalam takaful, malah mungkin dengan izin Allah swt mendapat pahala kerana tidak meninggalkan keluarga dalam keadaan meminta-minta jika sesuatu musibah berlaku kelak.


Al-Mughirah ibn Abi Qurrah As-Sadusi mengabarkan,

“Saya ada mendengar Anas Bin Malik berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW. “Wahai Rasulullah, saya ikatkan (tambatkan) unta itu lalu saya bertawakkal atau saya lepaskan unta itu lalu saya bertawakkal?”

Nabi SAW pun berkata, “Ikatlah unta tersebut, lalu bertawakkallah”.

Lihatlah teman-teman, dalam ajaran Islam sendiri menyuruh agar kita berikhtiar dahulu dalam melindungi diri kita (iaitu dengan kata lain menTAKAFUL kan diri sendiri), kemudian barulah kita redha & tawakal dengan ketentuan Illahi.

Gambar di bawah salah satu contoh konsep yang bole digunakan bagi mereka yang berminat untuk mendaftar dengan i-Great Teras- KONSEP PERLINDUNGAN PELUPUSAN HUTANG





Rasionalnya:-

Kagumi pelbagai tujuan yang hebat tentang i-Great Teras! Ia pelan yang sungguh mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindungan asas yang terbaik. Oleh itu, mulalah merancang masa hadapan dengan mendapatkan perlindungan ini. Ramai antara kita yang dikelilingi hutang untuk memenuhi keperluan. Ianya mungkin untuk 
  • pembiayaan pinjaman perniagaan 
  • pinjaman peribadi
  • hutang kad kredit
  • gadai janji 
  • pinjaman pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran
Kita boleh menggunakan manfaat daripada pelan ini untuk membantu melangsaikan hutang tersebut dan bukannya memindahkan sebarang bebanan kepada orang yang tersayang.

Sebagaimana ianya penting untuk merancang tentang apa yang harus dilakukan setelah kita tiada di dunia, Kita juga perlu untuk merancang sekiranya kita hidup melebihi tarikh sijil matang. Kita boleh menggunakan jumlah yang tersimpan di dalam i-Great Teras pada tempoh matang untuk pelbagai tujuan – Aktiviti membeli-belah? Pelan medik yang unggul? Apa jua sekalipun, jumlah yang tersimpan diperlukan supaya kehidupan lebih terjamin.


Janganlah biarkan orang tersayang hidup dalam kesusahan

Carilah peneyelesaian sebelum menghadapi kesusahan. 

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution



Jumaat, 2 Januari 2015

GE REWARDS : Jemputan Khas ke 'WE ARE FAMILY GATHERING' bersama CEO (2)

Assalamualaikum. Salam Tahun Baru kepada semua pembaca. Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa pencapaian & pengiktirafan pada tahun lepas yang dianugerahkan oleh GETB.


WORK HARD, PLAY HARD!!!



Tarikh        : 23 Ogos 2014
Tempat      : Bukit Kiara Equastrian & Country Resort

Bersempena dengan sambutan Alidilfitri pada tahun lepas Great Eastern Takaful (GET) telah menganjurkan satu program suai kenal bersama barisan orang penting di GET.  Mereka yang layak telah dijemput untuk bersama-sama dalam program ini.
Sehubungan dengan itu, program ini juga bagi meraikan para perunding Takaful yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras semasa bulan Ramadhan sebelumnya. Beberapa kriteria telah ditentukan bagi memilih mereka yang layak dari segi produksi mereka untuk menghadiri majlis ini.

Berikut saya kongsikan detik detik semasa program berjalan :-





'Photo booth' disediakan bagi mereka yang gemar berfotogenik.


Bergambar dengan tulang belakang GEL & GETB & barisan pengarah yang cukup sporting.

Saya perkenalkan barisan lembaga pengarah yang hadir bermula dari kiri-atas:-

Y Bhg Dato Koh Yaw Hui – Director GEL, (berbaju ungu gelap),
Y Bhg Datuk Kamaruddin Bin Taib –Chairman GETB (segak berbaju melayu putih).
En Zamsari Bin Sarpin – GSM Super Group Bumiputera Johor
En Zafri Ab Halim – Ketua Pegawai Eksekutif GETB
Song Hock Wan – Ketua Pegawai Pengagihan GEL
Dan akhir sekali Puan Norzan Ahmad



 Bergambar bersama rakan SG dari Northern, Central & Southern Region.


Y Bhg Datuk Kamaruddin Bin Taib –Chairman GETB (segak berbaju melayu putih). Beliau juga merupakan orang penting di dalam koperasi Tentera.


Ketika program-program sebeginilah kami dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan (rakan-rakan Super Group-SG) dari seluruh Malaysia. 


Akhir sekali, antara rakan Super Group Bumi Maluri (Central Region) yang hadir pada majlis tersebut. Sempat juga merakamkan gambar kenangan.


Bagi mereka di luar sana yang berminat untuk bersama-sama ‘join’ keluarga besar kami dialu-alukan dengan penuh besar hati.
Marilah sama-sama kita beranikan diri utk berHIJRAH dlm arena Takaful demi utk memartabatkan ekonomi keluarga khususnya & ekonomi ummah amnya.
Ayuh Anak muda! Sesungguhnya bangsamu ketandusan anak muda berani sepertimu.
"Luaskan Takafulmu,Bangkitkanlah ummahku"



Ingin menikmati ganjaran seperti saya? Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution