Jumaat, 26 Disember 2014

SOALAN LAZIM/FAQ: Bahagian 1

Antara soalan/alasan yang biasa diterima oleh kami para Mujahid & Mujahidah Takaful:

TIDAK ADA KEPERLUAN / TIDAK PERLU TAKAFUL SEKARANG
Anda rasa tiada keperluan kerana anda muda & sihat? Masih boleh bekerja? Sejujurnya kerana anda masih sihat, saya (perunding takaful) datang kepada anda. Adakah anda hanya akan mengambil takaful apabila anda sudah sakit? Sudah tentu takaful tidak menerima permohonan anda. Takaful diambil pada saat anda tidak memerlukannya... kerana Takaful hanya akan menjalankan tanggungjawabnya apabila anda memerlukannya.


SAYA MEMPUNYAI SIMPANAN SENDIRI
Kenapa anda perlu menggunakan simpanan sendiri untuk membayar bil rawatan di hospital? Ianya seolah-olah hasil titik peluh anda hanya akan digunakan untuk membayar gaji para doktor kelak.


TIDAK ADA KEMAMPUAN / TIDAK CUKUP DUIT
Anda tidak mampu untuk mencarum dalam takaful sekarang? Sekiranya anda tidak MAMPU membuat caruman sekarang, ketika anda sihat dan masih boleh bekerja, adakah anda mampu membayarnya ketika sudah JATUH SAKIT & HILANG PEKERJAAN?


MASIH SINGLE JADI TIDAK PERLU TAKAFUL
Adakah anda yakin jodoh anda datang terlebih dahulu sebelum anda ditimpa musibah? Bagaimana jika kematian datang dahulu? Bagaimana dengan hutang yang anda tinggalkan kepada ibu bapa Sebagai umat Islam, kita WAJIB untuk sentiasa mengingati mati.


SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA SUDAH MENANGGUNG INSURAN SAYA
Bagus jika syarikat tempat anda bekerja menjaga kebajikan pekerja. Tetapi, bayangkan satu senario ini dimana syarikat tempat anda bekerja menyediakan sebuah kereta (milik syarikat) untuk kegunaan harian anda. Adakah anda akan membeli kereta untuk kegunaan peribadi anda?



Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Rabu, 17 Disember 2014

i-GREAT DAMAI: Pakej komprehensif untuk anda sekeluarga


Masyarakat sekarang lebih peka dan faham tentang kepentingan takaful; bagaimana takaful boleh membantu mereka di kala ditimpa kesulitan dan kesusahan.

Malangnya, mereka yang peka dan faham tentang pentingnya takaful ini tidak sampai 20% daripada jumlah populasi penduduk di Malaysia (khususnya masyarakat Melayu). Ini bermakna ramai lagi masyarakat Melayu yang masih belum mempunyai takaful.



Situasi biasa pada waktu pagi di HOSPITAL BESAR, SERDANG. Giliran menunggu yang penuh sesak. Adakah anda mahu & cukup bersedia untuk menghadapi situasi sebegini? 


TAHUKAH ANDA
Mencarum 6% daripada gaji anda di dalam takaful tidak menyebabkan anda miskin. Sebaliknya, tanpa caruman 6% ini boleh menyebabkan anda kehilangan 100% gaji anda apabila berlaku:
  1. Lumpuh keseluruhan akibat kemalangan
  2. Sakit kritikal yang berpanjangan
  3. Kemalangan yang teruk
  4. Meninggal dunia awal sebelum bersara

Pilihan di tangan anda, samada mencarum 6% dari hasil pendapatan anda sekarang atau kehilangan hasil pendapatan anda 100% dimasa akan datang. Mencarumlah sebelum terlambat.



Bayangkan senario di bawah untuk pasangan yang baru berkahwin atau yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak:



Tanya soalan berikut kepada diri anda
  • Situasi yang mana menjadi pilihan anda.? 
  • Surat cinta yang bagaimana anda ingin tinggalkan untuk keluarga anda?
  • Cara bagaimana anda pilih untuk menanggung kos rawatan jika sakit (pinjam kawan, saudara? Minta derma? Minta bantuan di Bersamamu TV3)
  • Di hospital mana ingin anda dapatkan rawatan?



i-GREAT DAMAI  SEBAGAI PENYELESAIAN
Ianya merupaka pelan komprehensif (melindungi anda secara keseluruhan) di mana semua jenis perlindungan yang anda perlukan ada didalam 1 pakej ini.



Di dalam pakej ini juga kami menawarkan pekhidmatan tambahan iaitu: tunda kereta secara percuma- 24 jam sebanyak RM500 / sekali tunda (oleh Asia Assistance).

Perkhidmatan tambahan ini juga banyak membantu pencarum takaful kami jika kereta mengalami ‘break down’ di tengah jalan. Kereta rosak juga merupakan salah satu kecemasan yang tidak terduga, maka perkhidmatan ini sangat berguna.



Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution