Jumaat, 26 Disember 2014

SOALAN LAZIM/FAQ: Bahagian 1

Antara soalan/alasan yang biasa diterima oleh kami para Mujahid & Mujahidah Takaful:

TIDAK ADA KEPERLUAN / TIDAK PERLU TAKAFUL SEKARANG
Anda rasa tiada keperluan kerana anda muda & sihat? Masih boleh bekerja? Sejujurnya kerana anda masih sihat, saya (perunding takaful) datang kepada anda. Adakah anda hanya akan mengambil takaful apabila anda sudah sakit? Sudah tentu takaful tidak menerima permohonan anda. Takaful diambil pada saat anda tidak memerlukannya... kerana Takaful hanya akan menjalankan tanggungjawabnya apabila anda memerlukannya.


SAYA MEMPUNYAI SIMPANAN SENDIRI
Kenapa anda perlu menggunakan simpanan sendiri untuk membayar bil rawatan di hospital? Ianya seolah-olah hasil titik peluh anda hanya akan digunakan untuk membayar gaji para doktor kelak.


TIDAK ADA KEMAMPUAN / TIDAK CUKUP DUIT
Anda tidak mampu untuk mencarum dalam takaful sekarang? Sekiranya anda tidak MAMPU membuat caruman sekarang, ketika anda sihat dan masih boleh bekerja, adakah anda mampu membayarnya ketika sudah JATUH SAKIT & HILANG PEKERJAAN?


MASIH SINGLE JADI TIDAK PERLU TAKAFUL
Adakah anda yakin jodoh anda datang terlebih dahulu sebelum anda ditimpa musibah? Bagaimana jika kematian datang dahulu? Bagaimana dengan hutang yang anda tinggalkan kepada ibu bapa Sebagai umat Islam, kita WAJIB untuk sentiasa mengingati mati.


SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA SUDAH MENANGGUNG INSURAN SAYA
Bagus jika syarikat tempat anda bekerja menjaga kebajikan pekerja. Tetapi, bayangkan satu senario ini dimana syarikat tempat anda bekerja menyediakan sebuah kereta (milik syarikat) untuk kegunaan harian anda. Adakah anda akan membeli kereta untuk kegunaan peribadi anda?



Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Tiada ulasan:

Catat Ulasan