SUPER GROUP (SG) melambangkan kumpulan/agensi perikatan strategik yang paling elit di Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. Sejak ditubuhkan pada tahun 1991, Super Group terus berkembang dan menjadi kumpulan/agensi perikatan strategik yang terkuat dan terbesar di Malaysia.
Asas kejayaan Super Group ini boleh dikaitkan dengan Falsafah Korporat tidak berbelah bahagi yang telah mewujudkan banyak profesional insurans hayat elit secara konsisten dan memecah rekod prestasi jualan. Dengan falsafah pengurusan yang luar biasa dan nilai-nilai korporat, Super Group telah menjadi satu contoh kepada orang lain dalam industri insurans hayat.
Jika anda melalui Lebuhraya PLUS, ini antara papan iklan Super Group yang boleh anda lihat.
Apabila Great Eastern dianugerahkan lesen takaful pada hujung 2010 bagi mempromosikan pelan perlindungan islamik, SG mengambil pendekatan yang selari dengan mewujudkan Super Group Bumiputera Takaful (SG Bumi Takaful) bagi menembusi pasaran bumiputera
MENGAPA saya memilih untuk bernaung dibawah SG Bumi Takaful?
- Rangkaian SG sebanyak 29 agensi di lokasi strategik dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia
- Infrastruktur yang mantap dan sistematik
- Menyediakan latihan dan sokongan kepada ahli-ahli
- Bertindak sebagai titik perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara
- Dilengkapi dengan perisian dan perkakasan lengkap bagi memastikan anggota bekerja dan belajar dalam persekitaran yang kondusif
- Semangat kerjasama yang dipraktikkan oleh setiap ahli dengan memegang prinsip
Selepas dianugerahkan lesen Takaful, SG Bumi Takaful juga telah mula beroperasi di bahagian Utara, Tengah dan Selatan Tanah Air. Setakat ini seramai 300 orang perunding Takaful (bumiputera) dari seluruh negara telah mendaftar di bawah SG Bumi Takaful.
Pada tahun 2009 sehingga 2011, saya bernaung di bawah SG BUMI Takaful yang terletak di Taman Universiti, Skudai Johor. Bermula dari tahun 2012 sehingga kini, saya bernaung di bawah SG BUMI, Maluri KL. Dengan adanya kemudahan dan persekitaran yang kondusif ini, membolehkan saya dan semua ahli SG yang lain menjalankan perniagaan/perkidmatan takaful di mana-mana sahaja.
![]() |
Lokasi SG BUMI Maluri KL. |
![]() |
AJK SG Bumi Takaful, Maluri |
Gambar di atas menunjukkan ahli jawatankuasa SG Bumi Takaful Maluri. Sehingga kini (2014) kami mempunyai seramai 50 orang ahli berdaftar di bawah SG Bumi Takaful, Maluri. Aktiviti dan program motivasi dijalankan setiap minggu; iaitu setiap hari Selasa disebelah malam.
Mari berkenalan dengan AJK ini dengan lebih dekat.....

Muhammad Hafiz (PENGERUSI)
- Graduan UITM Shah Alam dalam bidang matematik
- Berkhidmat dengan RHB setelah tamat belajar
- Pembabitan awal secara separuh masa pada 2008 untuk mencari pendapatan tambahan
- Mengambil keputusan untuk menceburi bidang takaful secara sepenuh masa pada 2009
- Dinaikkan pangkat ke USM (Unit Sales Manager) pada 2011
Deeyana binti Rahim (BENDAHARI)
- Lepasan graduan dari UTM Skudai Johor dalam bidang matematik
- Pernah bekerja dalam industri selama 2 tahun
- Mula berkecimpung dalam takaful pada 2009

Mohamad Saiful Jumail (AJK IT & KOMUNIKASI)
- Graduan UITM Shah Alam dalam jurusan aktuari
- Pernah bekerja bersama Maybank selama 2 tahun
- Menceburi bidang takaful secara sepenuh masa pada 2010 sehingga kini
- Dinaikkan pangkat ke LIA/CA pada 2013
Siti Nurain Mohd Amin (AJK LATIHAN & MOTIVASI)
- Lepasan graduan kelas pertama dari UTM Skudai Johor dalam jurusan Kimia Industri
- Pernah berkhidmat selama setahun dalam bahagian industri
- Menceburi bidang takaful pada tahun 2010
Nordin Sajak (AJK KORPORAT)
- Graduan dalam bidang Pengurusan dari USM, Penang (Major: Komunikasi & Promosi)
- Sebelum ini berkhidmat dengan RHB selama 4 tahun
- Menceburi bidang takaful secara sepenuh masa pada 2010 sehingga kini
- Dinaikkan pangkat ke LIA/CA pada 2013
Bebika binti Jang Hamsah (AJK AKTIVITI & RIADAH)
- Lepasan graduan UITM Shah Alam dalam bidang Sukan & Rekreasi (major: Pengurusan)
- Berkhidmat bersama Maybank selama 5 tahun
- Menceburi takaful pada April 2014
Shahrizal Lawrence (AJK AKTIVITI & RIADAH)
- Lepasan Ijazah dari MMU bahagian perniagaan & sistem informasi (IT)
- Baru menceburi bidang takaful pada Oct 2013
Mari membina kerjaya bersama kami!
Hubungi saya jika anda berminat untuk menceburi bidang insurans sebagai PERUNDING TAKAFUL!
Wassalam.
"Izinkan Saya Berkongsi Dengan Anda"
Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution