Jumaat, 7 November 2014

GE REWARDS: Percutian ke Phuket & Krabi (1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi keseronokan percutian percuma bertaraf 5 bintang yang merupakan pengiktirafan tambahan atau insentif istimewa daripada syarikat kepada agen yang layak dan telah berusaha keras mencapai kuota yang telah ditetapkan. Usai penat bekerja, inilah masa yang dinantikan untuk berehat & bersantai.

WORK HARD, PLAY HARD!!!

Trip selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 1,500 agen insurans (GE & GET) dan 150 daripadanya merupakan Perunding Takaful (Bumiputera).

-- Hari Pertama --

Di balai berlepas KLIA
Ketibaan di Phuket
Di balai ketibaan, kami disambut oleh dua wanita cantik yang mengenakan pakaian tradisional Thailand. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, kami terus dibawa ke destinasi pertama iaitu kilang mpemprosesan Kacang Gajus.

Di Kilang Pemprosesan Kacang Gajus
Setelah itu, kami dibawa ke Phomthep Cape dimana tempat ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Walaubagaimanapun, kami tidak berpeluang untuk melihat matahari terbenam disini memandangkan pihak GE/GET sudah mengatur majlis makan malam bersama agen yang lain.

Subhanallah
Riang ria di Phomthep Cape
Kami menginap di Millenium Resort yang terletak di Patong. Setibanya dihotel, kami berehat seketika dan bersiap untuk menghadiri ‘Get-Together Dinner' di sebuah pantai persendirian yang eksklusif. Pada majlis makan malam inilah kami dihimpunkan bersama-sama dengan 400 orang agen yang lain dari seluruh Malaysia yang turut menyertai jadual rombongan yang sama.

Get Together Dinner
Kami disajikan dengan pelbagai juadah makanan laut yang enak. Tidak perlu risau bagi agen beragama Islam, kami telah pun diasingkan mengikut meja untuk hidangan halal. Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan pertunjukan api, persembahan akustika, nyanyian serta tarian dari ''wanita-wanita'' cantik Thailand.

-- Hari Kedua --
Sebelum menaiki bot
Hari kedua kami telah dijadualkan untuk mengikuti Island Tour ke Pulau Coral. Perjalanan menaiki bot dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa selama 45 minit. Setibanya disana, kami bebas untuk memilih apa-apa juga aktiviti yang disediakan di pulau tersebut; antaranya berkayak, snorkelling, diving, parasailing dan juga berurut.

Coral Island
Saya sendiri telah memilih untuk melakukan aktiviti snorkelling dan parasailing. Sejujurnya, parasailing merupakan pengalaman pertama saya. Rasa puas dan kagum melihat keindahan pulau ini dari atas dan lebih menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

Snorkelling dan parasailing
Kami beransur pulang ke tanah besar setelah selesai makan tengahari. Pada sebelah malamnya, kami menonton persembahan kebudayaan Thailand iaitu Siam Niramit dan juga makan malam disana. Buffet Dinner yang terdapat di Siam Niramit merupakan buffet terbesar di Phuket.


Buffet Dinner
Tepat jam 8.30 malam (waktu tempatan), barulah kami dibenarkan masuk ke dalam dewan besar untuk persembahan kemuncak. Antara persembahan yang dapat kami saksikan ialah perlawanan Muay Thai, tarian masyarakat Thai, persembahan dari gajah terlatih dan akhir sekali pertunjukkan pakaian tradisional Thailand dan juga kehidupan asal masyarakat Thailand.
Bergembira di Siam Niramit
Saya sentiasa teruja setiap kali menonton persembahan teater tidak kira di mana. Apa yang unik untuk persembahan kali ini, mereka menggunakan props yang terbaik dan 'hidup' sehingga penonton sama-sama dapat merasai kewujudan hujan, sungai dan ribut didalam dewan. Perasaan kagum dan seronok tidak dapat saya terjemahkan dalam kata-kata. Bagi anda yang berpeluang ke Phuket, saya amat menyarankan anda ke sini.

Sekian saja coretan saya untuk hari pertama dan kedua. Namun, percutian percuma ini masih belum berakhir. Nantikan catatan perjalanan hari ke-3 & ke-4 di entri akan datang! Tunggu...


Ingin menikmati ganjaran seperti saya? Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Tiada ulasan:

Catat Ulasan