Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai tuntutan salah seorang client saya. Kisah ini dikongsi agar menjadi pengajaran kepada anda untuk memiliki insurans takaful dan juga kepada saya selaku perunding takaful untuk terus mendidik masyarakat akan kepentingan takaful.
Tarikh daftar : Feb 2011
Tarikh tuntutan dibuat : Feb 2012
Tarikh tuntutan dibayar/cek dikeluarkan : Jun 2012
Beliau bekerja sepenuh masa sebagai arkitek dan mempunyai pekerjaan sambilan sebagai jurugambar. Disebabkan itu, beliau sering mengelak untuk berjumpa dengan saya. Alasan sibuk sudah sering kedengaran namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkongsi kepadanya tentang kepentingan perlindungan takaful dan simpanan masa hadapan.
Beliau juga merupakan jurugambar perkahwinan saya pada Feb 2012. Hanya selepas 3 minggu dari tarikh perkahwinan saya, arwah telah pergi menemui Ilahi akibat serangan jantung. Tiada siapa menyangka kerana beliau masih terlalu muda. 28 tahun. Ya, 28 tahun. Saya amat terkejut menerima perkhabaran sedih itu memandangkan saya masih berhubung dengan beliau untuk menguruskan gambar perkahwinan saya.
Untuk pengetahuan semua, beliau tidak mempunyai rekod penyakit dengan mana-mana hospital. Beliau merupakan anak sulung dan menjadi tunggak serta harapan keluarga untuk membantu ibu bapa serta adik-adik beliau, namun Allah S.W.T lebih mengasihinya. Bayangkan kesedihan dan keperitan yang terpaksa ditanggung keluarga beliau.
![]() |
| Surat tuntutan yang dibayar |
Berkat usaha 2 tahun 'mengejar' arwah, inilah 'surat cinta' yang ditinggalkan oleh arwah untuk ibu bapanya. Sememangnya RM80,000 itu tidak dapat membalas jasa ibu bapanya apatah lagi mengurangkan kesedihan mereka. Namun, sekurang-kurangnya tuntutan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung keluarga arwah. Berjuraian air mata saat mereka saat menerima cek berjumlah RM40,000++ setiap seorang. Dan saya juga turut menangis; merasai apa yang mereka alami.
Cuba bayangkan, jika saya mengalah dari terus mendidik arwah tentang kepentingan takaful....
Semoga arwah tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~
Jika anda sudah memiliki insurans takaful, TAHNIAH saya ucapkan. Namun, jangan lupa untuk mengambil tahu manfaat-manfaat yang ada didalam polisi tersebut. Jika polisi anda sudah tamat, berusahalah untuk menghidupkannya semula. Sebaiknya, jangan mengelak jika perunding takaful ingin berjumpa dengan anda. Kami sebenarnya hanya ingin membantu anda. Seperti kisah ini, saya rasa bersyukur dan berbangga kerana dapat membantu arwah serta keluarganya.
Sebagai rakan, saya merayu agar segera mendapatkan insurans takaful sebelum terlewat agar 'surat cinta' ini yang bakal kita tinggalkan apabila kita tiada kelak. Kita tidak pasti saat kita sakit atau meninggal dunia. Jangan teragak-agak lagi untuk menghubungi saya. InsyaAllah, saya akan membantu anda.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!
Wassalam.
"Izinkan Saya Membantu Anda"
Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Tiada ulasan:
Catat Ulasan