Jumaat, 26 Disember 2014

SOALAN LAZIM/FAQ: Bahagian 1

Antara soalan/alasan yang biasa diterima oleh kami para Mujahid & Mujahidah Takaful:

TIDAK ADA KEPERLUAN / TIDAK PERLU TAKAFUL SEKARANG
Anda rasa tiada keperluan kerana anda muda & sihat? Masih boleh bekerja? Sejujurnya kerana anda masih sihat, saya (perunding takaful) datang kepada anda. Adakah anda hanya akan mengambil takaful apabila anda sudah sakit? Sudah tentu takaful tidak menerima permohonan anda. Takaful diambil pada saat anda tidak memerlukannya... kerana Takaful hanya akan menjalankan tanggungjawabnya apabila anda memerlukannya.


SAYA MEMPUNYAI SIMPANAN SENDIRI
Kenapa anda perlu menggunakan simpanan sendiri untuk membayar bil rawatan di hospital? Ianya seolah-olah hasil titik peluh anda hanya akan digunakan untuk membayar gaji para doktor kelak.


TIDAK ADA KEMAMPUAN / TIDAK CUKUP DUIT
Anda tidak mampu untuk mencarum dalam takaful sekarang? Sekiranya anda tidak MAMPU membuat caruman sekarang, ketika anda sihat dan masih boleh bekerja, adakah anda mampu membayarnya ketika sudah JATUH SAKIT & HILANG PEKERJAAN?


MASIH SINGLE JADI TIDAK PERLU TAKAFUL
Adakah anda yakin jodoh anda datang terlebih dahulu sebelum anda ditimpa musibah? Bagaimana jika kematian datang dahulu? Bagaimana dengan hutang yang anda tinggalkan kepada ibu bapa Sebagai umat Islam, kita WAJIB untuk sentiasa mengingati mati.


SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA SUDAH MENANGGUNG INSURAN SAYA
Bagus jika syarikat tempat anda bekerja menjaga kebajikan pekerja. Tetapi, bayangkan satu senario ini dimana syarikat tempat anda bekerja menyediakan sebuah kereta (milik syarikat) untuk kegunaan harian anda. Adakah anda akan membeli kereta untuk kegunaan peribadi anda?



Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Rabu, 17 Disember 2014

i-GREAT DAMAI: Pakej komprehensif untuk anda sekeluarga


Masyarakat sekarang lebih peka dan faham tentang kepentingan takaful; bagaimana takaful boleh membantu mereka di kala ditimpa kesulitan dan kesusahan.

Malangnya, mereka yang peka dan faham tentang pentingnya takaful ini tidak sampai 20% daripada jumlah populasi penduduk di Malaysia (khususnya masyarakat Melayu). Ini bermakna ramai lagi masyarakat Melayu yang masih belum mempunyai takaful.



Situasi biasa pada waktu pagi di HOSPITAL BESAR, SERDANG. Giliran menunggu yang penuh sesak. Adakah anda mahu & cukup bersedia untuk menghadapi situasi sebegini? 


TAHUKAH ANDA
Mencarum 6% daripada gaji anda di dalam takaful tidak menyebabkan anda miskin. Sebaliknya, tanpa caruman 6% ini boleh menyebabkan anda kehilangan 100% gaji anda apabila berlaku:
  1. Lumpuh keseluruhan akibat kemalangan
  2. Sakit kritikal yang berpanjangan
  3. Kemalangan yang teruk
  4. Meninggal dunia awal sebelum bersara

Pilihan di tangan anda, samada mencarum 6% dari hasil pendapatan anda sekarang atau kehilangan hasil pendapatan anda 100% dimasa akan datang. Mencarumlah sebelum terlambat.



Bayangkan senario di bawah untuk pasangan yang baru berkahwin atau yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak:



Tanya soalan berikut kepada diri anda
  • Situasi yang mana menjadi pilihan anda.? 
  • Surat cinta yang bagaimana anda ingin tinggalkan untuk keluarga anda?
  • Cara bagaimana anda pilih untuk menanggung kos rawatan jika sakit (pinjam kawan, saudara? Minta derma? Minta bantuan di Bersamamu TV3)
  • Di hospital mana ingin anda dapatkan rawatan?



i-GREAT DAMAI  SEBAGAI PENYELESAIAN
Ianya merupaka pelan komprehensif (melindungi anda secara keseluruhan) di mana semua jenis perlindungan yang anda perlukan ada didalam 1 pakej ini.



Di dalam pakej ini juga kami menawarkan pekhidmatan tambahan iaitu: tunda kereta secara percuma- 24 jam sebanyak RM500 / sekali tunda (oleh Asia Assistance).

Perkhidmatan tambahan ini juga banyak membantu pencarum takaful kami jika kereta mengalami ‘break down’ di tengah jalan. Kereta rosak juga merupakan salah satu kecemasan yang tidak terduga, maka perkhidmatan ini sangat berguna.



Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Jumaat, 28 November 2014

SUPER GROUP: Kenali Kami



SUPER GROUP (SG) melambangkan kumpulan/agensi perikatan strategik yang paling elit di Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. Sejak ditubuhkan pada tahun 1991, Super Group terus berkembang dan menjadi kumpulan/agensi perikatan strategik yang terkuat dan terbesar di Malaysia. 


Asas kejayaan Super Group ini boleh dikaitkan dengan Falsafah Korporat tidak berbelah bahagi yang telah mewujudkan banyak profesional insurans hayat elit secara konsisten dan memecah rekod prestasi jualan. Dengan falsafah pengurusan yang luar biasa dan nilai-nilai korporat, Super Group telah menjadi satu contoh kepada orang lain dalam industri insurans hayat.

Jika anda melalui Lebuhraya PLUS, ini antara papan iklan Super Group yang boleh anda lihat.
Apabila Great Eastern dianugerahkan lesen takaful pada hujung 2010 bagi mempromosikan pelan perlindungan islamik, SG mengambil pendekatan yang selari dengan mewujudkan Super Group Bumiputera Takaful (SG Bumi Takaful) bagi menembusi pasaran bumiputera 

MENGAPA saya memilih untuk bernaung dibawah SG Bumi Takaful?
  • Rangkaian SG sebanyak 29 agensi di lokasi strategik dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia
  • Infrastruktur yang mantap dan sistematik
  • Menyediakan latihan dan sokongan kepada ahli-ahli
  • Bertindak sebagai titik perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara
  • Dilengkapi dengan perisian dan perkakasan lengkap bagi memastikan anggota bekerja dan belajar dalam persekitaran yang kondusif
  •  Semangat kerjasama yang dipraktikkan oleh setiap ahli dengan memegang prinsip 
"WE LOVE, WE CARE, WE SHARE"

 

Selepas dianugerahkan lesen Takaful, SG Bumi Takaful juga telah mula beroperasi di bahagian Utara, Tengah dan Selatan Tanah Air. Setakat ini seramai 300 orang perunding Takaful (bumiputera) dari seluruh negara telah mendaftar di bawah SG Bumi Takaful.

Pada tahun 2009 sehingga 2011, saya bernaung di bawah SG BUMI Takaful yang terletak di Taman Universiti, Skudai Johor. Bermula dari tahun 2012 sehingga kini, saya bernaung di bawah SG BUMI, Maluri KL. Dengan adanya kemudahan dan persekitaran yang kondusif ini, membolehkan saya dan semua ahli SG yang lain menjalankan perniagaan/perkidmatan takaful di mana-mana sahaja.

Lokasi SG BUMI Maluri KL.
Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan berhampiran bolehlah singgah agensi kami di SG Maluri untuk mengenali kami dengan lebih dekat. 

AJK SG Bumi Takaful,  Maluri
Gambar di atas menunjukkan ahli jawatankuasa SG Bumi Takaful Maluri. Sehingga kini (2014) kami mempunyai seramai 50 orang ahli berdaftar di bawah SG Bumi Takaful, Maluri. Aktiviti dan program motivasi dijalankan setiap minggu; iaitu setiap hari Selasa disebelah malam.

Mari berkenalan dengan AJK ini dengan lebih dekat.....


Muhammad Hafiz (PENGERUSI)
- Graduan UITM Shah Alam dalam bidang matematik
- Berkhidmat dengan RHB setelah tamat belajar
- Pembabitan awal secara separuh masa pada 2008 untuk mencari pendapatan tambahan
- Mengambil keputusan untuk menceburi bidang takaful secara sepenuh masa pada 2009
- Dinaikkan pangkat ke USM (Unit Sales Manager) pada 2011





Deeyana binti Rahim (BENDAHARI)
- Lepasan graduan dari UTM Skudai Johor dalam bidang matematik
- Pernah bekerja dalam industri selama 2 tahun
- Mula berkecimpung dalam takaful pada 2009






Mohamad Saiful Jumail (AJK IT & KOMUNIKASI)
- Graduan UITM Shah Alam dalam jurusan aktuari
- Pernah bekerja bersama Maybank selama 2 tahun
- Menceburi bidang takaful secara sepenuh masa pada 2010 sehingga kini
- Dinaikkan pangkat ke LIA/CA pada 2013






Siti Nurain Mohd Amin (AJK LATIHAN & MOTIVASI)
- Lepasan graduan kelas pertama dari UTM Skudai Johor dalam jurusan Kimia Industri
- Pernah berkhidmat selama setahun dalam bahagian industri
- Menceburi bidang takaful pada tahun 2010





Nordin Sajak (AJK KORPORAT)
- Graduan dalam bidang Pengurusan dari USM, Penang (Major: Komunikasi & Promosi)
- Sebelum ini berkhidmat dengan RHB selama 4 tahun
- Menceburi bidang takaful secara sepenuh masa pada 2010 sehingga kini
- Dinaikkan pangkat ke LIA/CA pada 2013





Bebika binti Jang Hamsah (AJK AKTIVITI & RIADAH)
- Lepasan graduan UITM Shah Alam dalam bidang Sukan & Rekreasi (major: Pengurusan)
- Berkhidmat bersama Maybank selama 5 tahun
- Menceburi takaful pada April 2014





Shahrizal Lawrence (AJK AKTIVITI & RIADAH)
- Lepasan Ijazah dari MMU bahagian perniagaan & sistem informasi (IT)
- Baru menceburi bidang takaful pada Oct 2013


Mari membina kerjaya bersama kami!

Hubungi saya jika anda berminat untuk menceburi bidang insurans sebagai PERUNDING TAKAFUL!


Wassalam.


"Izinkan Saya Berkongsi Dengan Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Ahad, 23 November 2014

OBJEKTIF: 'Keyman' Takaful



KEYMAN TAKAFUL
  • jaminan kewangan kpd peniaga online,peniaga tudung, peniaga kasut, peniaga supplement serta lain-lain jenis perniagaan
  • semua jenis perniagaan di dunia untuk "back up pemilik perniagaan" jika beliau yang jatuh sakit
  • jaminan pendapatan tanpa perlu berniaga tetapi mempunyai pendapatan gantian jika meninggal dunia dan dalam masa yang sama dapat meninggalkan pendapatan perniagaan kepada pewaris

MENGAPA anda memerlukan 'Keyman'?



Di GET, kami menawarkan beberapa pilihan pakej yang sesuai kepada peniaga / usahawan di luar sana. Sebagai contoh:

"Seandainya anda seorang doktor dan mempunyai klinik sendiri, semestinya anda mahu klinik anda beroperasi seperti biasa jika ditakdirkan anda tidak dapat bekerja lagi disebabkan masalah kesihatan kerana anda mahu klinik anda memberikan ‘pendapatan pasif’ kepada anda. Untuk memberikan @ mengalihkan tugas tersebut kepada keluarga terdekat adalah agak mustahil sekiranya mereka tidak berada di landasan perubatan seperti anda. Perniagaan perlu diteruskan bagi meneruskan kelangsungan hidup."

Maka, dengan ini perlindungan Takaful akan mengambil alih tanggungjawab anda. Dan dalam masa yang sama klinik anda dapat beroperasi seperti biasa walaupun tanpa kehadiran anda. Hubungi saya jika anda sayangkan perniagaan anda .


Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Rabu, 12 November 2014

TUNTUTAN/CLAIM: Kisah 'surat cinta' dari anakanda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai tuntutan salah seorang client saya. Kisah ini dikongsi agar menjadi pengajaran kepada anda untuk memiliki insurans takaful dan juga kepada saya selaku perunding takaful untuk terus mendidik masyarakat akan kepentingan takaful.

          Tarikh daftar : Feb 2011
          Tarikh tuntutan dibuat : Feb 2012
          Tarikh tuntutan dibayar/cek dikeluarkan : Jun 2012

Beliau bekerja sepenuh masa sebagai arkitek dan mempunyai pekerjaan sambilan sebagai jurugambar. Disebabkan itu, beliau sering mengelak untuk berjumpa dengan saya. Alasan sibuk sudah sering kedengaran namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkongsi kepadanya tentang kepentingan perlindungan takaful dan simpanan masa hadapan.

Beliau juga merupakan jurugambar perkahwinan saya pada Feb 2012. Hanya selepas 3 minggu dari tarikh perkahwinan saya, arwah telah pergi menemui Ilahi akibat serangan jantung. Tiada siapa menyangka kerana beliau masih terlalu muda. 28 tahun. Ya, 28 tahun. Saya amat terkejut menerima perkhabaran sedih itu memandangkan saya masih berhubung dengan beliau untuk menguruskan gambar perkahwinan saya.

Untuk pengetahuan semua, beliau tidak mempunyai rekod penyakit dengan mana-mana hospital. Beliau merupakan anak sulung dan menjadi tunggak serta harapan keluarga untuk membantu ibu bapa serta adik-adik beliau, namun Allah S.W.T lebih mengasihinya. Bayangkan kesedihan dan keperitan yang terpaksa ditanggung keluarga beliau.

Surat tuntutan yang dibayar
Selain dari terkejut menerima perkhabaran sedih ini, saya juga bimbing terhadap polisi beliau yang masih baru; belum melebihi tempoh setahun lagi. Alhamdulillah, GET telah meluluskan tuntutan beliau setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya, tidak mempunyai rekod kesihatan dari mana-mana hospital.

Berkat usaha 2 tahun 'mengejar' arwah, inilah 'surat cinta' yang ditinggalkan oleh arwah untuk ibu bapanya.  Sememangnya RM80,000 itu tidak dapat membalas jasa ibu bapanya apatah lagi mengurangkan kesedihan mereka. Namun, sekurang-kurangnya tuntutan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung keluarga arwah. Berjuraian air mata saat mereka saat menerima cek berjumlah RM40,000++ setiap seorang. Dan saya juga turut menangis; merasai apa yang mereka alami.

Cuba bayangkan, jika saya mengalah dari terus mendidik arwah tentang kepentingan takaful....


Semoga arwah tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~

Jika anda sudah memiliki insurans takaful, TAHNIAH saya ucapkan. Namun, jangan lupa untuk mengambil tahu manfaat-manfaat yang ada didalam polisi tersebut. Jika polisi anda sudah tamat, berusahalah untuk menghidupkannya semula. Sebaiknya, jangan mengelak jika perunding takaful ingin berjumpa dengan anda. Kami sebenarnya hanya ingin membantu anda. Seperti kisah ini, saya rasa bersyukur dan berbangga kerana dapat membantu arwah serta keluarganya.

Sebagai rakan, saya merayu agar segera mendapatkan insurans takaful sebelum terlewat agar 'surat cinta' ini yang bakal kita tinggalkan apabila kita tiada kelak. Kita tidak pasti saat kita sakit atau meninggal dunia. Jangan teragak-agak lagi untuk menghubungi saya. InsyaAllah, saya akan membantu anda.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Jumaat, 7 November 2014

GE REWARDS: Percutian ke Phuket & Krabi (1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi keseronokan percutian percuma bertaraf 5 bintang yang merupakan pengiktirafan tambahan atau insentif istimewa daripada syarikat kepada agen yang layak dan telah berusaha keras mencapai kuota yang telah ditetapkan. Usai penat bekerja, inilah masa yang dinantikan untuk berehat & bersantai.

WORK HARD, PLAY HARD!!!

Trip selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 1,500 agen insurans (GE & GET) dan 150 daripadanya merupakan Perunding Takaful (Bumiputera).

-- Hari Pertama --

Di balai berlepas KLIA
Ketibaan di Phuket
Di balai ketibaan, kami disambut oleh dua wanita cantik yang mengenakan pakaian tradisional Thailand. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, kami terus dibawa ke destinasi pertama iaitu kilang mpemprosesan Kacang Gajus.

Di Kilang Pemprosesan Kacang Gajus
Setelah itu, kami dibawa ke Phomthep Cape dimana tempat ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Walaubagaimanapun, kami tidak berpeluang untuk melihat matahari terbenam disini memandangkan pihak GE/GET sudah mengatur majlis makan malam bersama agen yang lain.

Subhanallah
Riang ria di Phomthep Cape
Kami menginap di Millenium Resort yang terletak di Patong. Setibanya dihotel, kami berehat seketika dan bersiap untuk menghadiri ‘Get-Together Dinner' di sebuah pantai persendirian yang eksklusif. Pada majlis makan malam inilah kami dihimpunkan bersama-sama dengan 400 orang agen yang lain dari seluruh Malaysia yang turut menyertai jadual rombongan yang sama.

Get Together Dinner
Kami disajikan dengan pelbagai juadah makanan laut yang enak. Tidak perlu risau bagi agen beragama Islam, kami telah pun diasingkan mengikut meja untuk hidangan halal. Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan pertunjukan api, persembahan akustika, nyanyian serta tarian dari ''wanita-wanita'' cantik Thailand.

-- Hari Kedua --
Sebelum menaiki bot
Hari kedua kami telah dijadualkan untuk mengikuti Island Tour ke Pulau Coral. Perjalanan menaiki bot dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa selama 45 minit. Setibanya disana, kami bebas untuk memilih apa-apa juga aktiviti yang disediakan di pulau tersebut; antaranya berkayak, snorkelling, diving, parasailing dan juga berurut.

Coral Island
Saya sendiri telah memilih untuk melakukan aktiviti snorkelling dan parasailing. Sejujurnya, parasailing merupakan pengalaman pertama saya. Rasa puas dan kagum melihat keindahan pulau ini dari atas dan lebih menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

Snorkelling dan parasailing
Kami beransur pulang ke tanah besar setelah selesai makan tengahari. Pada sebelah malamnya, kami menonton persembahan kebudayaan Thailand iaitu Siam Niramit dan juga makan malam disana. Buffet Dinner yang terdapat di Siam Niramit merupakan buffet terbesar di Phuket.


Buffet Dinner
Tepat jam 8.30 malam (waktu tempatan), barulah kami dibenarkan masuk ke dalam dewan besar untuk persembahan kemuncak. Antara persembahan yang dapat kami saksikan ialah perlawanan Muay Thai, tarian masyarakat Thai, persembahan dari gajah terlatih dan akhir sekali pertunjukkan pakaian tradisional Thailand dan juga kehidupan asal masyarakat Thailand.
Bergembira di Siam Niramit
Saya sentiasa teruja setiap kali menonton persembahan teater tidak kira di mana. Apa yang unik untuk persembahan kali ini, mereka menggunakan props yang terbaik dan 'hidup' sehingga penonton sama-sama dapat merasai kewujudan hujan, sungai dan ribut didalam dewan. Perasaan kagum dan seronok tidak dapat saya terjemahkan dalam kata-kata. Bagi anda yang berpeluang ke Phuket, saya amat menyarankan anda ke sini.

Sekian saja coretan saya untuk hari pertama dan kedua. Namun, percutian percuma ini masih belum berakhir. Nantikan catatan perjalanan hari ke-3 & ke-4 di entri akan datang! Tunggu...


Ingin menikmati ganjaran seperti saya? Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Isnin, 3 November 2014

PELANGGAN/CLIENT #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan...
Salam Maal Hijrah
Semoga tahun baru ini menjadikan kita umat Islam yang lebih matang & bersyukur atas segala nikmat dariNya. Ammin.

Apabila berbicara tentang kesyukuran, ingatan saya terus kepada 5 perkara seperti gambar di bawah.

5 perkara sebelum 5 perkara
Sebagai Perunding Takaful, kita akan sentiasa diingatkan untuk bermuhasabah diri dengan segala nikmat yang telah diberikan. Sudahkah anda bermuhasabah diri untuk hari ini?

Begitu juga dengan persediaan kita terhadap Takaful. Sudahkan anda menTAKAFULkan diri anda? Contoh yang paling ringkas ialah anda tidak layak untuk diTAKAFULkan apabila anda telah jatuh sakit, atau apabila telah tercerai roh dari jasad.

Disini saya ingin kongsikan beberapa pelanggan/klien saya yang telah mengambil langkah bijak untuk MENYEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN dengan menTAKAFULkan diri mereka dan keluarga dengan produk/pelan dari Great Eastern Takaful (GET).


Pelanggan/Client 1


Lokasi : Lumut, Perak
Pelan : i-Great Damai (Perubatan/Perlindungan)
Tujuan : Beliau prihatin terhadap kesihatan dan kos perubatan yang semakin meningkat serta kebimbangan insuran syarikat tempat beliau bekerja tidak mencukupi


Pelanggan/Client 2


Lokasi : Ampang, Selangor
Pelan : i-Great Iqra’ (Pendidikan)
Tujuan : Pasangan ini sangat menitikberatkan tabung simpanan pendidikan untuk anak mereka dimana pelan ini menawarkan perlindungan tambahan kepada ibu/ayah jika sesuatu berlaku kepada mereka.


Pelanggan/Client 3


Lokasi : Cyberjaya
Pelan : i-Great Amal (Haji/Umrah, Simpanan)
Tujuan : Si bujang lepasan universiti tempatan ini memilih untuk mendapatkan perlindungan untuk menunaikan Haji & Umrah. Disamping itu beliau juga memilih GET dalam menyediakan pelan pelupusan hutang.


Pelanggan/Client 4


Lokasi : Putrajaya
Pelan : i-Great Teras (Perubatan, Simpanan)
Tujuan : Jejaka tampan ini memegang prinsip ‘Biar sedikit daripada tiada langsung’ dan memilih pelan yang sesuai dengan kemampuan beliau.


Mereka sudah, anda bila lagi? Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!

Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Rabu, 22 Oktober 2014

i-GREAT AMAL: Membantu menunaikan fardhu Haji

Assalamualaikum,
Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan mengenai produk Haji/Umrah dari Great Eastern Takaful (GET) iaitu pelan i-Great Amal.
"Demi Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitusiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) dari sekalian makhluk"
- Surah Al-Imran (sebahagian ayat 97)

Jika anda ingin menunaikan Haji serta mempunyai minda dan pemikiran yang bebas dari sebarang ketidakpastian, ANDA HARUS MEMBACA ENTRI INI.

TAHUKAH ANDA
Giliran menunaikan Haji tahun 2014 jatuh pada tahun 2078 (64 tahun dari tahun semasa)

Katakan umur anda sekarang 25 tahun, ini bermakna giliran anda memunaikan haji adalah pada usia 89 tahun (jika umur panjang).

Mengapa giliran menjadi lama?
  • Kuota dari Kerajaan Arab Saudi = 0.01% daripada jumlah penduduk bagi setiap negara di dunia
  • Jika Malaysia mempunyai penduduk sebanyak 28 billion, ini bermakna hanya 28,000 orang sahaja yg boleh menjalankan ibadah Haji setiap Tahun
  • Kerajaan Arab Saudi menurunkan jumlah yang dibenarkan kepada 22,000 orang sahaja di sebabkan Mekah dalam proses pembangunan & penambahbaikan

2 cara pendaftaran Haji untuk mendapatkan no giliran
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda yang belum mendaftar Haji agar berbuat demikian dengan segera untuk mendapatkan nombor giliran menunaikan ibadah wajib ini.
Kos untuk mengerjakan Haji pada tahun 2012
Disini jelas kita boleh melihat perbezaan kos untuk menunaikan Haji melalui Tabung Haji dan pakej melalui swasta. Memang agak ketara namun ianya adalah pilihan kepada golongan yang berkemampuan untuk menunaikan Haji dengan lebih selesa.

Apabila kita berbicara tentang keselesaaan, Great Eastern Takaful menawarkan penyelesaian melalui i-GREAT AMAL; pakej perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan khusus kepada kita yang ingin menunaikan haji disamping memberi manfaat tambahan iaitu BADAL HAJI (mewakilkan haji).


Kenapa i-GREAT AMAL?
Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda layak mendapat manfaat berikut:
Faedah i-Great Amal berbanding simpanan Tabung Haji

Untuk pengetahuan anda, pada Februari 2014 yang lalu wakil GET telah menyerahkan sijil Badal Haji yang pertama kepada waris keluarga pemilik pelan i-Great Amal yang telah meninggal dunia. Semoga roh arwah tenang dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Al-fatihah.

Keratan akhbar Utusan Malaysia, 6 Februari 2014

Maka, ingin saya tekankan sekali lagi agar anda dapat bertindak segera:
  1. Daftar Haji melalui Tabung Haji untuk mendapatkan no giliran
  2. Miliki pelan i-Great Amal sebagai PELENGKAP kepada simpanan Tabung Haji untuk manfaat perlindungan yang tidak disediakan pihak Tabung Haji

Di dalam kehidupan seharian, kita boleh melaksanakan Rukun Islam yang pertama hingga ke-4. Namun, Rukun Islam yang ke-5 (menunaikan Haji) memerlukan perancangan yang teratur dimana kebanyakkan dari kita masih gagal untuk merancang; gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

Tiada siapa boleh memberi jaminan bahawa dia boleh melihat sinar Matahari esok. Hanya Allah yang mengetahui. Kematian menghampiri kita; tidak mengira waktu dan tempat. Usahkan hendak berbicara apa yang bakal berlaku esok hari, sedangkan apa yang bakal terjadi 1 saat atau 10 saat akan datang pun masih kabur. AllahMaha Mengetahui apa yang berlaku sehingga sukar untuk kita bayangkan betapa hebatnya yang Maha Menciptakan ini.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau jika ingin mendapatkan quotation secara PERCUMA!

Wassalam.


"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution

Ahad, 19 Oktober 2014

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya merupakan seorang Perunding Takaful sepenuh masa yang bernaung dibawah Agensi Super Group Bumiputera dimana agensi korporat ini membawa dan mempromosikan produk-produk serta servis berkaitan Great Eastern Takaful.

Antara servis dan perundingan yang saya tawarkan termasuk:

  • Simpanan & Perlindungan
  • Tabung Perubatan
  • Keperluan Pendidikan Anak-anak
  • Pilihan Kewangan Persaraan
  • Tabung Haji Umrah
  • Khairat Kematian
  • Keperluan Hospital & Pembedahan
  • Perlindungan Penyakit Wanita
  • Perancangan Percutian Keluarga
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Great Eastern Takaful ini, sila hubungi saya melalui email deeyana.rahim@gmail.com telefon 017-7767381.



"Izinkan Saya Membantu Anda"

Deeyana Rahim
017 776 7381
deeyana.rahim@gmail.com
Your One Stop Takaful Solution